
Pengenalan
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat
semua pengunjung laman ini. Bersama kita sekali lagi dalam satu ruangan baru
khas dari saya buat tatapan anda di luar sana. Diharapkan anda sentiasa ceria
dan bersemangat dalam kehidupan disamping menitikberatkan kesihatan anugerah
Tuhan. Tiada kata-kata yang dapat diluahkan selain terima kasih yang tak
terhingga buat anda kerana melayari portal saya. Saya cukup seronok dan
berbesar hati dengan terciptanya portal ini. Terlalu ramai yang meminta agar
saya wujudkan satu ruangan bicara dari hati ke hati agar saya dapat bersembang
dengan peminat Sendayu Tinggi amnya dan diri saya sendiri khususnya. Saya akui
kesibukan saya kadangkala membataskan pergaulan dengan masyarakat luar sana.
Diharapkan dengan adanya portal ini maka pelbagai topik seperti kecantikan,
kesihatan, kebahagiaan, ketenangan dan keperitan boleh dikongsi bersama. Tidak
kurang dari itu, saya tampilkan sekali tips-tips kecantikan dan kejayaan saya
dalam membina empayar Sendayu Tinggi.
Akhir kata, bersamalah kita manfaatkan
portal ini. Sekalung perhargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pengguna
produk Sendayu Tinggi atas sokongan anda selama ini. Insya'Allah, bertemu kita
di lembaran akan datang.